Sejarah Pengiktirafan kesatuan sama jantina di Estonia

Templat:Same-sex marriage map Europe

Pada Disember 2005, rang undang-undang keluarga yang baru dilancarkan oleh Menteri Kehakiman Estonia yang secara jelas mentafsirkan perkahwinan sebagai penyatuan di antara seorang lelaki dan seorang wanita, dan ia menyebabkan perdebatan umum mengenai isu pengiktirafan untuk kesatuan sama jantina. Debat umum itu dilakukan oleh Menteri Hubungan Sosial yang mengatakan reservasi tentang undang-undang draf. Perdebatan umum telah menarik perhatian kumpulan hak asasi LGBT, yang menentang rang undang-undang keluarga dan mendesak Kerajaan supaya tidak membezakan pasangan sama jantina dan pasangan berlainan jantina dalam perkahwinan dengan menyatakan, "Kami menyeru kerajaan untuk menyingkirkan klausa di dalam draf undang-undang keluarga, yang mana tidak membenarkan pendaftaran perkahwinan perkongsian hidup pasangan sama jantina". Pada 4 Januari 2006, lima NGO Estonia menyokong hak LGBT dengan mengeluarkan kenyataan akhbar meminta Kerajaan untuk menggubal undang-undang perkongsian hidup yang baru untuk memberi pasangan sama jantina hak yang sama dengan pasangan berlainan jantina.[2]

Di masa yang sama, sejumlah ahli politik konservatif pula menyatakan bahawa Estonia belum bersdia untuk perkahwinan sama jantina, dan tiada keperluan untuk mencipta undang-undang berbeza untuk kesatuan sama jantina memandangkan undang-undang sedia ada telah telah menyatakan perlindungan terhadap sebahagian kesatuan, walaupun tidak menyebut kesatuan sama jantina secara eksplisit. Väino Linde, Ketua Suruhanjaya Perlembagaan Riigikogu (Parlimen Estonia), menyatakan bahawa dia "gembira melihat pandangan konservatif di Parlimen dan di Suruhanjaya Perlembagaan".[3]

Pada tahun 2005, Parti Demokratik Sosial merupakan satu-satunya parti politik Estonia yang menyokong perkahwinan sama jantina. Parti Pusat dan Parti Pembaharuan pula berkata mereka akan bertolenrasi dengan undang-undang sedemikian. Banyak parti berhaluan kanan, terutama Res Publica dan Kesatuan Patria Pro, menyatakan bantahan mereka.[3]

Perjanjian bersekedudukan

Pada Julai 2008, Menteri Kehakiman mengumumkan draf undang-undang untuk pendaftaran perkongsian hidup pasangan sama jenis. Undang-undang tersebut, pada mulanya dijangka berkuatkuasa pada tahun 2009, bertujuan untuk menyediakan sejumlah hak untuk pasangan sama jantina, seperti warisan dan pemilikan harta bersama. Undang-undang ini mendapat sokongan kebanyakan pihak di Parlimen Estonia.[4][5]

Kementerian Kehakiman mengkaji cadangan untuk pendaftaran pasangan yang belum berkahwi, termasuk pasangan sama jantina. Sebuah laporan yang komprehensif telah dikeluarkan pada Julai 2009 yang meneliti tiga jenis pilihan: mengiktiraf persekedudukan yang tidak didaftarkan; mencipta pendaftaran perkongsian hidup; dan memanjangkan perkahwinan pasangan sama jenis. Pada 1 Julai 2010, undang-undang keluarga yang baru diluluskan, mentafsirkan perkahwinan sebagai di antara seorang lelaki dan seorang wanita dan mengisytiharkan kesatuan sama jantina adalah "batal dan tidak sah". Perdana Menteri, Andrus Ansip berkata, "Saya tidak percaya bahawa Estonia, Latvia dan Lithuania tidak lama lagi akan menerima perkahwinan sejenis di mata undang-undang".[6] Beliau memutuskan bahawa pengiktirafan hubungan sama jantina tidak bertentangan dengan Perlembagaan Estonia.

Parti Pembaharuan dan Parti Demokratik Sosial menyokong pengenalan undang-undang perkonsian, dengan membantah bangkangan konservatif Kesatuan Patria Pro dan Res Publica (kini telah bersatu).Parti Pusat pula menyokong perbincangan mengenai isu ini.[7] Rang undang-undang tersebut telah didrafkan pada Ogos 2012 oleh Menteri Kehakiman dan di bawah konsultasi sehingga 1 Oktober 2012.[8][9][10] Pada Mac 2014, sekumpulan ahli parlimen memulakan tugas dalam draf rang undang-undang untuk mengawal selia status undang-undang pasangan bersekedudukan.[11] Rang undang-undang telah dihantar ke Parlimen pada 17 April 2014.[12][13][14][15] Pada 22 Mei, rang undang-undang ini telah disokong oleh Kerajaan.[16] Pada 19 Jun 2014, Parlimen telah menolak usul dalam bacaan pertama dengan undian 32-45.[17] Bacaan kedua telah dilakukan pada 8 Oktober, dengan undian 35-42 dan sekali dikalahkan dengan undian 41-33.[18] Rang undang-undang tersebut akhirnya diluluskan dalam undian terakhir pada 9 Oktober dengan undian sebanyak 40-38.Ia telah ditandantangan oleh Presiden Toomas Hendrik Ilves pada hari yang sama dan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2016.[19][20]

October 9, Undian dalam Parlimen Estonia (Riigikogu), 2014
PartiMengundi undiMengundi menentangTidak berpuas hatiTidak hadir
Parti Pembaharuan     
Parti Pusat     
Kesatuan Patria Pro dan Res Publica     -
Parti Demokratik Sosial     -
Total40381013

Perkahwinan sama jantina

Perkahwinan sama jantina pertama diiktiraf oleh mahkamah pada Disember 2016.[21] Padangan tersebut, dua orang lelaki yang telah berkahwin di Sweden dan kini menetap di Estonia telah mendaftarkan perkahwinan mereka pada penghujung Januari 2017.[1][22] Pada mulanya, sebuah mahkamah di Harju County menolak pendaftaran perkahwinan mereka, namun pasangan tersebut membuat rayuan. Pada bulan Disember, Mahkamah Tinggi Tallinn memutuskan bahawa semua perkahwinan yang dilakukan di negara lain mesti dimasukkan ke dalam daftar penduduk Estonia apabila seseorang itu bermastautin di Estonia atau diberikan kewarganegaraan Estonia.[22]

Pada Mac 2017, Mart Helme dari Parti Rakyat Konservatif dalam ucapannya di Riigikogu telah mengancam hakim-hakim yang membuat keputusan tersebut. Ramai yang mengkritik pandangan beliau termasuk Presiden Kersti Kaljulaid, Ketua Hakim Priit Pikamäe dan Yang di-Pertua Parlimen, Eiki Nestor.[23]

Rujukan

WikiPedia: Pengiktirafan kesatuan sama jantina di Estonia http://www.baltic-course.com/eng/legislation/?doc=... http://www.baltictimes.com/estonia__parliament_spe... http://www.gaylesbiantimes.com/?id=12778 http://www.gaystarnews.com/article/estonia-taken-b... http://www.globalgayz.com/gay-life-in-estonia/ http://www.delfi.ee/news/paevauudised/eesti/samaso... http://news.err.ee/Politics/58735eb6-b36d-4190-b36... http://news.err.ee/society/6b9e39f6-8292-43dd-8170... http://news.err.ee/v/e95ce00a-5d87-4f41-830d-fe4bd... http://news.err.ee/v/main_news/949a4382-f5da-4c9b-...